Cintaku di mana? 3
Peringatan untuk diri.
Siapa pun manusia di sekeliling kita,
Jangan lupa bahawa mereka akan jadi musuh kita
jika diri tidak dapat mengawal gerak-geri dan
pertuturan di sisi mereka.
Memperbaiki hubungan setelah menjadi musuh
adalah lebih pahit daripada membina
persahabatan atas dasar seadanya.
Mengikut pepatah orang tua :
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali".
Orang kata musuh memang senang untuk dicari.
Tidak sekadar berbuat salah, kalau kita
berbuat baik pun silap haribulan kita akan
terlihat kalibat musuh yang tak kita sangka.
Terjun ke alam masyarakat banyak memerlukan
kesabaran.Untuk membentuk kesabaran memang
tidak semudah kita memberi nasihat.
Tanpa kesabaran yang tinggi boleh mengakibatkan
kita terjebak dalam pelbagai situasi yang tidak
menyenangkan orang lain mahupun diri sendiri.
Tanpa kesabaran kita boleh bercakap perkara
yang sia-sia.Menyindir, memfitnah, mengumpat
atau mengadu domba tanpa kita sedari.
Acapkali kita lupa pesan Rasullulah SAW.
"Janganlah kamu berghibah,dalamnya ada
3 keburukan.
Doanya tidak dikabulkan,
Kebaikannya tidak diterima,
dan akan ditimpakan keatasnya keburukan
orang yang diumpatnya.
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
1 month ago




0 ulasan:
Post a Comment