[[ Asma'ul Husna ]]

Meja Makan

5.27.2009
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"


Kenapa meja makan. tidak ruang makan atau restoren?
Sebenarnya era zaman 60'an kalau ada meja makan, di kampung terutamanya,
ramai yang rasa janggal.Tapi zaman teknologi ni pula,Jamuan sekeluarga
kalau berhidang atas lantai, ramai pula yang rasa tidak selesa kerana tidak terbiasa.

Ingatlagi semasa zaman kanak-kanak dahulu.Makanan akan dihidang di atas pangkin.
Sesetengah rumah walaupun sudah di bina sebagai "Rumah Atas" namun pangkin makan
tetap disediakan untuk tujuan sebagai tempat makan utama keluarga.Pangkin di bina
bersebelahan dengan ruang dapur rumah.

Artikel yang serba daif ini bukan hendak mengukur status meja makan atau ruang makan, dan tempat menjamu selera.Apa lagi kalau kita hanya insan yang tak punya.Tentu kita cukup berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang ada.

Sebagai seorang insan yang berpeluang menghirup udara zaman mencabar ini,cuba anda tanya siapa teman makan anda setiap kali menjelang pagi, tengahari dan malam?
Apakah anda akan makan kesaorangan walaupun di rumah anda ada orang lain. Malah
mereka bukan asing bagi anda.Mereka adalah ahli keluarga anda sendiri.
Kalau ini terjadi anda yang terlibat tentu ada alasan masing-masing untuk diketengahkan sebagai jawapan kenapa

Sebenarnya siapa pun yang mengalami situasi begini tentu ada terasa dan terfikir bahawa penyakit keterasingan telah mula mewarnai keluarga anda.Semua orang dengan hal masing-masing.Tidak sempat bermesra untuk mengeratkan hubungan dan kasih sayang.Waktu individu telah dikawal oleh jadual yang tak dapat dicatur.

Namun pernahkah anda terfikir untuk mengubah corak hubungan kekeluargan rumah tangga anda?

Bagaimana hendak menemukan anak-anak yang memerap di bilik beradu masing-masing.
Biar pun sesetengahnya pulang ke rumah untuk menghabiskan musim cuti cuma.
Suami yang asyik duduk di meja komputer dan terlupa ada isteri yang masih setia di sisi.Mereka makan dengan menatang sepinggan hidangan dan duduk sendirian tanpa teman.

Apakah alternatif yang dapat membantu anda mengatasinya?
Sediakan Kaorum, Dam Haji atau sudut karaoke.Tentukan semua orang dapat berkumpul
dan menjalankan aktiviti bersama dan melepasi keterbatasan waktu yang menghalang
selama ini.

Soalnya..........
kenapa perkara yang hanya membuang waktu dan lebih melalaikan dari mengingati Allah yang anda pilih?

Setujukah anda kalau dikata begitu?

Saya sendiri bertanya, kenapa susah sangat untuk mengumpul anak-anak di meja makan.
Kemudian mengamalkan pesanan orang tua-tua :jangan bergaduh depan rezeki, tak baik"
Simboliknya,tentulah meja makan atau ruang makan itu tempat yang amat harmoni untuk
bersama keluarga.

Kenapa kita lebih memilih perkara yang membawa sia-sia?
Alangkah baiknya kalau kita dapat berkumpul pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib.Kita meriahkan majlis ilmu dalam rumah kita. Suami sebagai ketua keluarga
membaca kitab, mengetuai majlis doa dan tahlil untuk keluarga kita yang telah mati.
Bertadarus dan mempelajari ilmu hadis yang masih banyak belum kita terokai.

Begitulah sikap kita, Terutamanya saya.
Saya boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk perkara yang melalaikan.
Menghabiskan banyak wang ringgit untuk satu perjalanan dan sebuah alat kemudahan bagi menonton dunia. Tapi saya lupa untuk melebihkan masa saya dan keluarga dengan Allah.

Apakah yang akan saya jawab di hari perhitungan nanti, di depan ALLah.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails