[[ Asma'ul Husna ]]

Ingat orang di hadapan anda

6.06.2009

Anda sedang berucap. Berapi-api penuh semangat.
Ada banyak idea yang terhambur dari minda. Tersusun jelas dengan pelbagai topic.
Merangkumi segenap persoalan. Semua anda tayangkan dan jawab dengan yakin
setiap persoalan yang anda kemukakan itu.Niat anda ingin memuaskan peserta
dengan isi ceramah yang cukup padat dan bermakna.

Sebenarnya anda adalah seorang pakar motivasi,
atau seorang pendakwah, mungkin juga seorang ustaz/ustazah yang sedang memenuhi undangan ceramah. Tidak kiralah siapa anda, kerana anda diberi peluang bercakap hari itu.

Saat itu anda adalah penguasa di majlis itu. semua mata terpaku ke arah anda.Mulut2 lain
menjadi bisu dengan tiba-tiba. Telinga kaku terpasang setia, menunggu hujah demi hujah tanpa jemu barangkali.

Semasa sibuk menyampai anda juga tertinjau-tinjau reaksi peserta kala itu. Dengarkah mereka
atau tidurkah mereka semua?

Sememangnya pelbagai kritikan yang akan diterima terutama selepas majlis nanti.
Sesuai mengikut peribahasa" Rumah sudah, pahat berbunyi"

Ada komen yang membina. Anda senyum gembira. Bersyukur dan berterima kasih kepada
pemuji. Tidak lupa kepada Allah,Pencipta yang Maha Kuasa.

Namun disebalik pujian itu jangan lupa ada ramai lagi pengkritik di hadapan anda tadi.
ya, ingat orang di hadapan anda.

Perasankah anda?
Seorang peserta berbisik kepada kawannya
"Dia ni asyik cerita hal dia aje!"

.......Saya bangun malam , hampir setiap malam,menangis di hadapan Allah........
Kenapa tidak katakan,
>>>>>>Si Polan, Kawan saya..................................Alangkah indahnya SiPolan pada setiap malam yang syahdu itu....

Tiada siapa yang tahu, SiPolan itu sebenarnya adalah anda.

Pernahkah anda bangga?
Anda telah yakin dapat membuat peserta ketawa dengan gurau prono anda.
Dapat memuaskan orang tua dan muda yang sesetengahnya memang ketagih
ungkapan sebegitu,
Ingat orang di hadapan anda.
Berapakah nilai anda di mata mereka saat itu dan esok juga?
Mereka pelbagai kategori.
Wanita sopan dan pemalu.
Anak-anak kecil yang mampu meniru gelagat anda bila dewasa nanti,

Kalau hendak dinukil kritikan, Anda berhenti saja berceramah.
Tapi mana mungkin, Siapa lagi yang akan berhujah kalau tidak diri anda.
Bukankah sebagai seorang muslim,anda di tuntut "Sampaikanlah walau satu ayat........"
Maka muhasabah diri untuk jadi pakar yang tidak dikeji.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails