
TABUNG CEPAT KAYA
Kalau orang lain sibuk dengan 'Saham Cepat Kaya',Kisah yang ini pula
berkaitan 'Tabung Cepat Kaya'.
Kisahnya begini:
Mula=mula mashie akan kutip duit syiling 1 sen atau duit apa saja
yang dia jumpa.Mama dia yang suruh. Sayang duit bersepah, tak baik
dilihat.
Kemudian duit kecil yang tak laku itu akan ditukar kepada syiling yang
lebih besar dari dompat mama.Tak lama lepas tu duit syiling kecil2
itu akan diambil semula sebab duit-duit itu Mashie yang kumpul.
Bukan mama yang kumpul.
Semasa ada penjaja datang ke rumah, mama akan pinjam duit Mashie.
Duit mama besar Nilainya atau masa tu mama tidak menyimpan duit di rumah.
Beberapa hari kemudian mama akan bayar duit tu. Mashie pun masukkan
ke dalam tabungnya.
Sekejap lagi dia akan tanya mama,
"Bila mama nak pulang duit kita"
Mama katakan padanya duit yang baru mama berikan itu sebagai membayar
hutang duit tersebut,
Dia dengan berkerut dahi menyatakan
"Duit semalam mama tak pulang semula"
Barulah mama tahu rupanya Mashie hendak duit yang sama,
bukan duit lain walaupun nilainya sama.



0 ulasan:
Post a Comment