6 OGOS - Terima kasih ingatan hari jadi daripada anak2
16 OGOS - Terima kasih juga ingatan dan ucapan utk hari lahir ayah.
17 OGOS - Majlis konvokesyen E-Cah
Tahniah anugerah Timbalan Menteri Besar
Anugerah Graduan terbaik keseluruhan Jabatan Usuluddin 2009
20 OGOS - Tahniah untuk Sit Juga
Berjaya menamatkan pengajian Syariah di Elex. Egipt
12 Sept nak balik M'sia. Semuga selamat.
Untuk yang masih berjuang jangan berputus asa.
Teruskan usaha dan berdoa jangan jemu.
21 OGOS - Menghantar Faiz di LCCT
E-Cah masih menjalani kursus BTN di Bukit Keluang, Besut.
22 OGOS - Esok 1 Ramadhan - Selamat berpuasa untuk semua.
Maaf zahir batin.
25 OGOS - 12.00 malam Am buat panggilan
Naiyu selamat melahirkan bayi lelaki
Alhamdulillah, tak payah nak beli pangkat 'Datuk'
dah pun dapat percuma.
26 OGOS - Hari pertama Umar Salleh dibawa ibu bapanya
pulang ke rumah.
Sejak petang hingga ke tengah malam dia menangis.
Orang di semenanjung ikut tak karuan.
Pelbagai saranan dan ikhtiar dicadangkan.
Akhirnya Umar di rujuk kepada doktor tengah malam itu juga.
Malangnya penyakit hanya diketahui apabila Nurse yang
datang melawat pada waktu pagi. Semoga Umar telah sembuh.
31 0G0S - Puasa kesepuluh. Hampir jam 12 tengah nalam. Telefon dari
kampung. Nenek meninggal. Innalillahi ......... Semuga Roh nenek
dicucuri rahmat dan diletakkan Allah di kalangan orang-orang
yang soleh.
Amiin!
Kegembiraan dan kesedihan silih berganti
Bagai siang dan malam yang berputar setia
Kita tak dapat menyangka apa yang akan terjadi esok
Begitulah cita-cita dan harapan menjadilah sebuah impian
Tanpa kita sedari, kita pengharap yang rakus
memohon doa dalam paksa.Meminta tanpa bertawakal
kita lupa untuk menjadi insan yang sentiasa bersedia
dan redha dalam menerima ketentuanNya
0 ulasan:
Post a Comment