[[ Asma'ul Husna ]]

LAMAN ILMU

12.04.2009
bismillah Pictures, Images and Photos
Susunan Noor Fazrina Kamal


Hukuman pukul anak hanya akan menjadikan anak
anda seorang yang pembengis apabila mereka
membesar.


SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu
ada pada anak, pembengis atau penyayang?
Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung
kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak
berumur setahun yang sering dipukul
(pukulan atau tamparan seperti menepuk
punggung, kaki atau tangan ketika melakukan
kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan
menjadikan anak tersebut agresif dan tidak
mencapai tahap yang baik ketika menjalani
ujian kognitif.

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada
kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati
atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau
bapa apabila mereka melakukan kesalahan.

Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil'
itu tidak mendatangkan mudarat kepada
anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan
kepada anak sekecil usia setahun
mendatangkan kesan negatif kepada
pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling
penting dalam mewujudkan kualiti hubungan
antara ibu bapa dan anak-anak," jelas
Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik
di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga
di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak
sekecil usia setahun akan menjadikan
mereka kanak-kanak yang agresif seiring
penambahan usia mereka.

Hasil kajian Berlin telah diterbitkan
pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak
keluaran September/Oktober tahun ini.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk
kepada data yang diperoleh dari 2,500
responden yang terdiri daripada bangsa
kulit putih dan hitam yang berasal dari
keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan
tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak
mereka dan mengapa mereka memilih untuk
menghukum anak dengan pukulan.

Berlin juga memilih beberapa pemerhati
terlatih untuk melakukan lawatan di rumah
responden terbabit bagi merekodkan cara
nteraksi antara ibu bapa dengan anak-anak
yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak
erusia setahun memberitahu, dalam seminggu
mereka pasti akan memukul anak mereka
sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan
kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat
keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun
pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali
seminggu, manakala kanak-kanak berusia
dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-
kanak yang dipukul seawal usia setahun
menjadi semakin nakal pada usia dua tahun
dan apabila menjelang usia tiga tahun
mereka tidak menunjukkan perkembangan
yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga
melihat kepada impak hukuman seperti
menengking, menjerit atau membebel dengan
bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman
'secara lisan' itu tidak bersangkut paut
dengan impak negatif jika ibu tersebut
sering memberikan perhatian, kasih sayang
dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat
memukul anak sering berlaku kepada keluarga
berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa
ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki
anak-anak yang amat cerewet akan terus
menghukum anak dengan pukulan sejak anak
berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi
apabila anak yang berusia dua tahun bertindak
agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul
anak tersebut.

"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun
sudah menjadi semakin agresif jadi ibu
semakin sukar mengawal sekali gus mereka
kurang memukul anak tersebut, tapi itu
bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.

"Adat memukul anak ketika mereka buat salah
memang telah lama dilakukan oleh generasi
terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin
berkurangan seiring perubahan zaman.

"Begitu pun memang masih wujud golongan
yang mempercayai bahawa pukulan adalah
cara yang terbaik mendidik anak kerana
ereka juga melalui fasa yang sama ketika
kecil, maka sebab itulah tiada salahnya
mereka meneruskan tradisi tersebut,"
ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan
Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga
di Universiti Texas di Austin, Elizabeth
T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan
tubuh kanak-kanak yang sedang membesar
memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan
amalan memukul anak kecil memberikan impak
negatif terhadap tumbesaran anak-anak
tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak
tersebut berhadapan dengan masalah kepada
kesihatan mental mereka," jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil
itu dipukul semakin berisiko untuk didera
oleh ibu bapa.

"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa
yang memukul anak-anak itu mendera namun
risikonya tetap ada," ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan
belajar menerusi apa yang mereka alami
dan lihat pada persekitaran, jadi mereka
juga akan membesar menjadi seorang yang
pembengis - HealthDay News.>

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails