59.
“Kamu tahu tak, dengan membaca Al-Fatihah hadiahkan bacaan itu, itulah penghubung silaturrahim dengan dia orang, lebih-lebih lagi silaturrahim dengan emak-ayah kamu. Saya nak tanya kamu, kamu pernah tak berkelahi dengan orang sampai sekarang tak bertegur sapa?”, kata aku lagi dan bertanya.
Rozai tidak menjawab. Dia mengambil bungkusan kuetiau itu, dia hendak makan. Dia tanya aku sama ada aku hendak makan sama. Aku kata aku kenyang lagi. ... .....
_______________________
EBELUM makan kuetiau goreng itu aku lihat Rozai menadah kedua-dua tapak tangannya berdoa... Sudah tentu dia berdoa...
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Bila melihat dia begitu di hatiku berkata...
الحمد لله
اللهم بارك فيه ولا يضره
Rasa kasihan di hati aku bila teringatkan dia sudah menganggap diri aku ini sebagai bapa angkatnya. Tetapi diri aku masih belum tergerak lagi mahu menerimanya sebagai anak angkat aku.
“Kenapa Pakcik,... Pakcik tengok saya ni satu macam saja?”, katanya bertanya.
“Tak ada apa... Saya lihat tadi kamu berdoa sebelum kamu suap makan. Maknanya kamu tu makan pun minda dengan hati kamu itu bukan macam orang sekular tetapi sudah islamik... Ni Rozai saya nak tanya ni... Ayah kamu tu ada berapa beradik?”, jawab aku dengan terus bertanya.
“Ayah saya tu? ... Dia ada 9 orang adik-beradik, lima lelaki empat perempuan. Ayah saya tu yang bongsu.”, jawabnya.
“Baguslah, kamu tu ada ramai jugalah pak saudara dengan mak saudara, kan?”, kata aku.
“Tak guna, Pakcik. Saya menyampah jer pada adik-beradik ayah saya tu. Fasal harta pusaka pun dia orang sampai berbalah, tak selesai-selesai. Ayah saya tu pulak merajuk, bawa diri, tak balik-balik berjumpa dengan adik-beradik dia. Adik beradik dia pun sama bukan nak datang jumpa.”, kata Rozai memberi tahu aku.
“Mendengar kata-kata Rozai itu tersentak juga aku kerana hal ayahnya itu macam sama saja dengan kisah hidup diri aku ini dengan adik-beradik aku sendiri yang aku paparkan kisahnya iaitu Kisah Si Bongsu...
“Habis, kamu macam mana dengan pak-pak saudara, mak-mak saudara kamu tu?”, aku tanya lagi.
“Kadang-kadang. Menyampah bila ingat kat dia orang tu.”, jawabnya.
“Kenapa menyampah?”, aku tanya.
“Apalah Pakcik ni... Menyampahlah. Sakit hati sebab dia orang tak patut buat kat ayah saya.”, jawabnya.
“Kalau kamu ada rasa menyampah lagi tu, itu tandanya syaitan tu ada kat dalam hati kamu tu. Hati kamu yang sakit, sedangkan dia orang yang kamu rasa menyampah tu entah-entah enjoy saja di mana-mana dia orang tu berada. Kalau kamu bacakan Al-Fatihah, hadiahkan pada dia orang; syaitan yang ada dalam hati kamu itu pun lari... Hati kamu pun jadi tak terasa sakit hati lagi, tak rasa menyampah. Bila hati tak sakit barulah solat boleh khusyuk...
“Kamu tahu tak Rozai... Hati kita ni kita jangan mengharap sangatlah orang lain nak jaga baik-baik. Kita sendirilah yang kena jaga hati kita masing-masing supaya jangan sakit hati. Jika kita biarkan hati kita sakit maknanya kita sendirilah yang pelihara syaitan duduk dalam hati kita tu. Orang yang kita sakit hati tu tak rugi apa-apa pun; yang rugi adalah diri kita sendiri, tahu tak? Bila kita sakit hati bila kita solat pun kita jadi tak boleh khusyuk. Akhirnya diri kita yang Dicampak ke dalam neraka Wil.”, kata aku.
“Habis yang orang PAS sakit hati pada orang UMNO tu, macam mana, Pakcik? Solat tak khusyuk, ke neraka Wil juga nanti, kan?”, balas Rozai.
“Kamu ni Rozai, saya tadi tanya mengenai ayah kamu tu... Kenapa pulak kamu kaitkan dengan orang PAS, orang UMNO?... Siapa kata orang PAS sakit hati pada orang UMNO? Kamu silap tanggapan tu, Rozai...
“Kalau orang PAS sakit hati sudah tentu orang PAS tak mengajak, tidak menyeru dia para pemimpin dia orang tu supaya memerintah negara ikut cara Islam, Rozai. Masa berkempen pilihan raya cuba kamu dengar ucapan orang-orang PAS, semuanya mengajak, menyeru supaya pihak UMNO tu kembali kepada Islam sepenuhnya.”, kata aku memberi tahu Rozai.
“Elehh Pakcik... Itu yang PAS selalu mengutuk orang UMNO tu... bukan itu tandanya pihak PAS tu sakit hati kat orang UMNO?”, tanya Rozai.
“Lain kali kalau kamu dengar ceramah orang PAS, kamu janganlah dengar hanya kutukan itu saja. Kamu kenalah dengar apa sebabnya penceramah itu kutuk. Sudah tentu mesti ada sebab-musabanya UMNO tu dia orang kutuk. Yang dikutuk itu Rozai ialah kemungkaran yang dilakukan oleh orang UMNO tu. Minta-minta supaya orang UMNO tu sedar, oarang ramai juga sedar kemungkaran yang para pemimpin UMNO lakukan itu. Orang ramai diberi tahu supaya janganlah bersekongkol dengan dia orang yang melakukan kemungkaran itu sebab setiap kemungkaran itu juga adalah kezaliman...
“Orang PAS kalau mengutuk, itu adalah mengutuk kezaliman yang pihak UMNo itu lakukan, Rozai. Kita ni sebagai orang yang beragama Islam tak bolehlah menangkan dalam pilihan raya pihak yang terbukti ada melakukan kezaliman. Dalam Surah Hud Ayat 113, الله Larang kita menyokong orang yang zalim.”, kata aku memberi tahu Rozai.
Aku beri tahu Rozai supaya dia faham, supaya dia tahu adanya Firman الله
di dalam Al-Qur’an, iaitu...
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari الله. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Hud : 113].
“Mana ada orang-orang UMNO tu zalim, Pakcik? Mana ada dia orang tu pukul orang, bunuh orang... aniaya orang pun tak ada?”, balas Rozai.
“Kamu ni Rozai, betul ke di sekolah dulu kamu ada belajar Tasawuur Islam tu? Kamu tipu saya ke? Kamu tak ambil pun subjek tu kamu kata aku ambil ... Kalau kamu betul ada belajar masakan kamu tak tahu apa maksud kezaliman mengikut ajaran Islam.”, kata aku kepadanya.
“Saya memang ada belajar, Pakcik. Nak tipu Pakcik buat apa? Saya ni pun dah sayangkan Pakcik. Takkanlah saya nak tipu Pakcik!”, jawabnya.
“Kalau benar kamu tahu apa maksud kezaliman, ada tak bukti UMNO itu zalim?”, aku tanya dia.
“Ada... UMNO-lah yang mertabatkan undang-undang ISA tu... Mahathir tu dulu ada kata... hukum hudud potong tangan kepada pencuri, ramailah rakyat Islam kudung tangan, orang UMNO diam saja tak membantah pun. Itu sudah dua kezaliman dah tu. Pertama kezaliman terhadap manusia, kedua Mahatir kata macam itu, itu sudah melakukan kezaliman terhadap الله.”, balas Rozai.
“Tahu pun kamu. Tadi kamu tanya saya mana ada orang-orang UMNO tu zalim, ... Mana ada dia orang tu pukul orang, bunuh orang... aniaya orang pun tak ada? ... Tapi kamu tahu pulak yang ISA itu zalim.”, jawab aku.
“Sedap kuehtiau ni, Pakcik. Pakcik nak?”, dia tanya aku pula macam hendak mengalihkan persoalan.
“Taknak, kenyang lagi. “, jawab aku.
“Lebih baik Pakcik makan nanti kalau simpan, esok basi.”, jawabnya.
“Jangan buka bugkusnya tu... Pagi esok kamu makanlah. Saya tak minat sangat kuetiau... Ehh Rozai, bila kamu makan tu, kamu terfikir tak macam mana orang buat koetiau tu?”, kata aku.
“Makan sajalah, Pakcik, saya nak fikir buat apa pun.”, jawabnya.
“Apa salahnya kalau kamu fikirkan? Bila ada difikirkan barulah datangnya usaha hendak belajar; hendak tahu apa bahan-bahannya, macam mana kaedah dan teknik membuat sendiri, bagamana nak buka kilang mengeluarkan mee kuning, kuetiau... Tak adalah orang-orang Melayu beli yang Cina buat saja begitu.”, jawab aku.
“Pakcik tahu ke buat koetiau? Ajarlah saya.”, balas Rozai.
“Tahu juga.. Esoklah saya ajar kamu, kamu salin. Saya dah mengantuk nak tidur.”, balas aku.
Aku rasa mengantuk, itu sebab aku kata esoklah saja aku akan ajar dia cara membuat kuetiau itu. Aku pun bangun hendak pergi ke bilik tidur aku. Kepada Rozai aku ingatkan dia supaya dia jangan lupa dirikan solat syukur sebelum dia tidur nanti sebab dia kata di restoran tadi dia hendak tunaikan. Aku juga rasa seronok bila Rozai tidak lagi asyik menerima dan membalas sms menggunakan HP-nya.... Hai, esok kena pergi ke kilang, entah apalah pula lagi nanti diriku ini bila sudah menjadi sebagai akukah production manager di kilang itu ... .....
Bersambung ke ......... No. 60.
0 ulasan:
Post a Comment