[[ Asma'ul Husna ]]

Nilailah TAKUT kita

2.22.2011
bismillah Pictures, Images and Photos


Takut hantu kak limah? Tapi ini lagi menakutkan..
Posted on Monday, February 21 @ 10:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Tazkirah Oleh: modayu

""Kak Limah! masuk ler, malam dah ni. Banyak nyamok, kokak dinyamok karang baru tau! Dapat malaria kapioka, sape susah!" Tetapi kak limah tidak menghiraukan teguran si usin ditengah malam tersebut.Kak limah hanya berdiri kaku dihadapan tangga rumahnya dengan berambut panjang yang menakutkan serta berwajah yang menyeramkan.Malam semakin larut dan suasana semakin sunyi.Usin tidak dapat melelapkan mata kerana dibayangi wajah kak limah. Beliau melihat kembali kerumah kak limah, kali ini kak limah tiada di tempat dimana dia berdiri tadi. Mungkin kak limah sudah naik kerumahya..

Usin kembali baring dikatil sambil menutup matanya untuk tidor. Keadaan menjadi semakin menyeramkan.....Bunyi itu dan ini yang menyeramkan mengacau lenanya. Arggggggghhhh hantu kak limah !!!!!!!

Begitu sekali ketakutan kita kepada hantu yang diasuh sejak dari kecil lagi.Tiada ubat untuk menenangkan anak menangis selain dari memberikan impak/kesan khas kepada kewujudan hantu disekeliling budaya kita.Hinggakan kita terutama saya sendiri lebih takutkan hantu dari Tuhan Sang Pencipta diri saya ini.Bila kita berada dikawasan yang sunyi ditengah hutan contohnya,ketakutan kita pada kononnya hantu yang ada disekeliling hutan itu diatasi dengan membaca ayat-ayat Alquran.

Sedarkah kita bahawa hantu sendiri pun gementar bila mendengar ayat suci Alquran dilafazkan dari bibir kita.Tetapi kita sendiri terutama saya ini sedikit pun tidak takut atau gementar dengan amaran dan cercaan Allah yang terkandung didalam ayat yang kita lafazkan itu.YaAllah betapa gelapnya hati aku sehinggakan tiada terasa dihati akan ketakutan kepada amaranMu dan langsung tidak teruja dengan ganjaran syurga Mu yang indah yang Engkau ceritakan didalamnya.Kenapakah begitu sekali aku tidak menghiraukanMu yaAllah.

Satu persatu bukti kekuasaan Mu ditunjukkan didalam video dibawah ini agar manusia boleh menggunakan kuasa akal dalam menilai kebenaran bukti tersbut.Tetapi sedikit pun tidak merubah ketakutan aku pada hantu yang langsung tidak mempunyai kuasa seperti Mu,juga tidak merubah ketakutan aku pada manusia yang berkuasa yang menggunakan kuasanya menakutkan aku agar tidak berkata benar.Kenapa ketakutan ini tidak untuk Mu YaAllah.Adakah Engkau sudah tidak mahu melihat aku sujud lagi padamu yaAllah?

'Install' kanlah perisian 'ketakutan kepadaMu' itu dalam diri aku ini kembali yaAllah.Agar aku dapat merasai kegerunan amaranmu serta dapat merasai keindahan syurga yang engkau gambarkan melalui kata-kataMu yang indah itu seperti didalam video dibawah ini yaAllah.Kata-kataMu ini sudah biasa aku dengar,tetapi sedikit pun tidak pernah aku hirau.Pabila aku baca bait-bait ayatMu didalam bahasa yang aku fahami,aku tersedar bahawa Ilmu pertanian yang aku pelajari 10 tahun yang lalu telah engkau ajar lebih dari 1400 tahun yang lalu.MasyaAllah .

"Hanya orang yang penakut kepadaMu akan mendengar ayat-ayat amaranMU dan orang yang CELAKA akan menjauhinya"..Aduhhh begitu sekali aku merasai kecelakaan itu.



Pohon kepada mu yaAllah agar aku tidak lagi takut kepada hantu-hantu ciptaan manusia kreatif masa kini di dada media yang saban hari ditayangkan.Adakah kita diajar untuk takutkan hantu atau takutkan Mu yaAllah.Walaupun aku sedar dengan kelemahan aku tetapi ketakutan kepada Mu masih tidak kunjung tiba.

Pimpinkanlah aku disaat aku memerlukanmu yaAllah.

Yang hebat itu Allah

Md Daud Yusri Fie

http://www.dadiydoo.com/

logo at LRT"

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails