[[ Asma'ul Husna ]]

Cintaku di Mana? 1

6.12.2009


Kesepian , milikku yang terindah.

Perjalanan sepanjang hampir 30 Km terasa amat jauh. Sementelahan
di bibir jalan hanya di penuhi hutan dan pohon kelapa sawit yang merimbun hijau.
Panas mentari petang yang masih agak muda tidak menggalakkan haiwan bermesra
bersama alam kehidupan mereka barangkali.Kalibat manusia di celah pohon
kelapa sawit juga tidak kelihatan.Debu-debu jalan tanah merah yang berterbangan
dihambur roda kenderaan jelas dilihat, membedaki dedaun yang berjuntaian.

Kesepian dalam bas di matikan oleh bunyi lagu-lagu Hindi yang dipasang oleh
En. Driver.Aku tak mempedulikan
penumpang lain yang semua membisu.Bebenang bulu merah di tangan kukait hati-hati.
Kalau tersalah bentuk dan terlupa bilangan, corak tidak menjadi.Alamat kena
buka semula kaitan yang ada.Leceh kerjanya.

"Kita dah sampai" Suara Mak cik Mes mematikan tarian di jari-jemariku.
Mak cik Mesnot.Nama ejekan yang tak sanggup hendak kusebut. Sememangnya aku
tak pernah menggunakan nama itu.Entah saudara kandung mana yang menukar nama
indah mak cikku itu.Malah adakalanya Mak cik Mes dijodohkan pula
dengan Miskon.Seorang lelaki tua yang gila .
Aku sendiri yang nama ala-ala Ingerris 'Ferryda' menjadi
"Paridot" saat perang mulut bersama Pak cik menemui kemuncak.

Aku memandang keluar jendela bas yang telah sedia berhenti.
Deretan rumah batu berbaris panjang
menyambut kedatangan kami.Rumah-rumah ini di bina berkelompok. Setiap kelompok
mewakili blog tertentu.Ini untuk memudahkan pengurus estet membuat pemantauan
dengan menyediakan ketua blog.Rumah-rumah ini agak moden dan terbaru.Kalau
rumah estet lama biasanya dibina daripada kayu dan dicat hijau.

Kemudian tanpa melingahkan masa aku segera menggumpal benang kait. Memasukkan
ke dalam beg sandang.Bingkas berdiri mengekori Mak cik Mes yang sedang
menghulur tambang kami berdua kepada En. Driver.Ssnyuman anak muda itu meleret ke arah kami.Hanya kami berdua
yang turun.Penumpang lain meneruskan perjalanan yang berpuluh batu lagi jaraknya.
Mujurlah ada bas sekolah yang sudi berkhidmat di pendalaman begitu.

Kami berjalan di celah-celah deretan rumah yang rata-rata bertutup pintu.Namun
kami sempat membalas senyuman ibu yang terbaring menagih belaian angin, melayani
kerenah anak kecil masing-masing.Suasana sekeliling sepi saja.Panas
petang yang masih terik itu bagai tidak mengizinkan kanak-kanak
bermain di luar rumah.

Tanpa penat melangkah kami telah sampai ke rumah yang di tuju.
Rumah saiz sederhana dua pintu itu kami ketuk perlahan sambil memberi salam.
Bimbang menganggu jiran sebelah yang sedang berehat.

Mak cik As menyuruh kami masuk,kemudiam menghilang di bilik belakang. Menyambung semula tidurnya yang terganggu dengan kedatangan kami tadi.Suara renggekkan halus
adik Z yang baru setahun lebih setelah menyedari ditinggal ibunya
memecah kesunyian.Aku dan Mak cik Mes masuk ke bilik depan. Bilik Mak cik Mes.
Beg sandang kusangkut di belakang pintu. Kemudian kami ke dapur. Tekak rasa perit minta dibasahkan.

Dua hari aku menghabiskan masa di rumah.Mengemas, membasuh dan memasak.
Semua penghuni keluar bekerja. Adik z pula di hantar kepusat jagaan
kanak-kanak yang di sediakan oleh pihak estet.Hari berikutnya hari Ahad.
Nampak juga penghuni-penghuni estet hilir mudik berurusan.Manakala esoknya
hari Isnin aku telah siap siaga untuk menyertai konvoi pekerja estet
meredah kebun-kebun kelapa swit yang luas terbentang.

Rutin hidup pekerja bermula seawalnya pukul 4:00 pagi.Bunyi kokokan ayam
bersahutan dengan bunyi ibu-ibu menumbuk lesung di dapur dan deruan enjin
kenderaan .Bekal harus disiapkan seawalnya.Pukul 6:30 pagi waktu 'rowcall'
telah selesai.Semua pekerja diangkut dengan kenderaan estet.Lori atau
karvin yang ditarik oleh traktor.
Mengimbang diri di atas lori tidak semudah disangkakan.Tangan perlu
memaut kuat pada badan lori atau apa saja yang dapat. Lubang-lubang kecil
yang dilanggar tayar lori menghasilkan goncangan yang menggugat kestabilan.

Agak lama pejalanan membelah kabus pagi. Akhirnya lori berhenti di satu simpang.
Tiada apa yang menarik. Hanya ada deretan pohon kelapa sawit yang telah membesar.
Semua isi perut lori yang lebih sepuluh orang itu melompat turun.Sebentar kemudian seorang lelaki berkenderaan motor menghampiri kami.Dia menghulurkan sebilah
besi bercangkuk tajam dan sebuah botol pam getah yang bermuncung panjang kepadaku.
Kemudian dia mengarahkan kami masuk baris.

Tampa banyak tanya aku memilih pokok kelapa sawit yang terdekat di hadapanku.
Mak cik Mes datang menghampiri.
Dia mengajar aku menjalankan kaedah 'Pollenision'.Bunga-bunga kelapa sawit yang
sudah mula mekar dikenal pasti.Sabut penutup tandan bunga diungkai dengan
cangkuk besi.Alat pendebungaan dipicit. Debunga halus berterbangan mengenai
permukaan tandan muda.Hari itu dua atau tiga kali aku dipanggil oleh En. H.
Ada tandan bunga mekar yang tidak kudebungakan.

Pukul sepuluh pagi kami dibenarkan berehat.En. H hilang bersama En. M
yang bertugas sebagai 'mandur'.
Aku duduk di kelilingi gadis-gadis semuda usia
15 tahun.Ada lima orang semuanya.Dua India dan yang lainnya Melayu.
Semua pekerja membuka bekalan masing-masing.Kami makan sambil berbual mesra.
Setengah jam kemudian En. H datang semula.Semua pekerja bagai telah tahu
waktu rehat telah habis.Masing-masing masuk ke dalam baris semula.Aku
berdoa semoga tidak dipanggil lagi kali ini.Setelah jauh bergerak
ke dalam barisan aku harus berbalik semula ke hadapan untuk
membereskan kerja yang tidak sempurna.Sungguh menjengkelkan hati.

Pukul dua petang lori tumpangan sampai.Panas mentari mula terasa mengigit
pipi.Sejak dari tadi teduh pohon kelapa sawit menutup peluang mentari
memamah tubuh kami.Para ibu dan anak-anak lelaki mereka berlompatan
naik ke atas badan lori.Kami kumpulan gadis mengekori kemudian.
Sepanjang perjalanan yang berliku kebanyakan kami diam membisu saja.
Bunyi lori yang mengaum bising menyukarkan pendengaran
untuk menangkap butiran perkataan.

Seminggu berlalu. Aku mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Namun pada minggu berikutnya, aku telah diberikan tugas
lain pula.En. H menyuruh semua pekerja turun di tempat biasa.
Aku,Mak cik Mes, Devi dan Eswpray diarah mengikut lori ke tempat
tugas baru. Kali ini aku dibekalkan setin cat dan sebatang berus warna.
Kami masuk barisan kelapa sawit yang baru mula mengeluarkan bunga.
Tugas kami menulis angka-angka sebagaimana yang di kehendaki En. H.
Anak muda yang bertubuh kurus tinggi.

Kalau dulu kami leka menyelak jaringan sabut yang menutupi mayang bunga
dan masa dilambatkan pula oleh kerja menyembur debunga.Menilai tandan-tandan
matang yang perlu dioperasi supaya tidak ditangkap salah oleh mandur.
Tetapi, tidak lagi di sini.
Di Blog ladang ini kami harus berjalan berbatu-batu jauhnya.Kerja menanda
angka pada setiap pokok terlalu pantas.Dari sepohon ke pohon yang lain.
Dari baris bertukar baris.

Suasana di sini sama saja.Sunyi dan tidak kelihatan seekor pun haiwan
melata.Cuma di blog ladang ini kami berkesempatan meredah baris hingga
ke sempadan estet.Sempadan yang jelas dipisahkan oleh benteng yang
di bina beberapa kaki lebarnya dan memanjang ke arah kiri dan kanan
Jika terus diamati,jaluran sempadan menghilang di telan rimbunan
pohon.Beberapa pekerja wanita dan anak-anak lelaki mereka muncul
dari barisan lorong . Mereka melambai-lambaikan riang. Kami membalas mesra.
Seorang lelaki muda berbangsa India kelihatan turut memandang ke arah kami.
Bila menyedari kehadiran mandor itu,mereka bertempiaran lari, masuk
ke dalam baris baru.

Bekerja dengan rakan sebaya dalam kumpulan kecil ini mengeratkan lagi
hubungan kami berempat.Aku yang terasa amat rapat dengan Devi.Devi
agak peramah. Suka bercakap.Aku mula berminat mempelajari bahasa Tamil.

"Mana baris?" = 'Angge nerre'
"Mana pisau?" = 'Angge kathhi'
Aku bertanya, Devi menjawab.Aku mengulangi perkataan Tamil yang
kudengar tadi tanpa gagal.

"Ok, Saya sebut Kak Id ikut"

'Non Vonne, kaddale kearren'
Aku menyebut patah-patah perkataan dengan jelas dan yakin.
Tiba-tiba Devi ketawa kuat.Mak cik Mes dan Eswpry yang duduk berehat
tidak jauh dari kami terpinga-pinga.

'Non wonne, kaddale kearren'
Aku mengulang perkataan yang baru itu dengan kuat.
Mereka semua ketawa. Tiba-tiba En Raj muncul.Entah dari mana arahnya.
Itulah aktiviti para mandor dan staff estet yang amat kami geruni.
Mereka mahir menjelma secara tiba-tiba.
Kami semua senyap. Aku menutup mulut.Kesal dan malu menyusup
di hati kecilku.Aku rasa tentu En. Raj mendengar ucapanku tadi.

En. Raj pembantu opis muda itu menghampiri Devi. Mereka berbual-bual
dalam bahasa ibunda.Kulihat mereka agak mesra.Aku membawa diri agak
jauh sedikit.Menarah duri-duri pada pelepah daun dan duduk berjuntai
kaki di dahan itu.Ingatan ku merawang jauh.Kembali ke alam persekolahan
rasanya belum terlalu lama ditinggalkan.

Sebaik sahaja peperiksaan SPM tamat, aku menggunakan biasiswa yang
masih berbaki untuk belajar di kelas menaip dan teringkas.Namun baru
berapa kerat kemahiran yang kukuasai, aku sudah tidak mampu untuk membayar
yuran. Duit biasiswaku telah habis.Tiada tempat untuk aku mengadukan
masalah kewanganku.Akhirnya aku mengalah.Ikut saja Mak cik Mes di Eatet.
Itulah cadanganku yang terlaksana kini. Apabila aku dibenarkan
mengikut Mak cik Mes yang pulang bercuti semasa musim gaji tiba.

Siri Cerita ini hanya khayalan penulis.
Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun sudah mati.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails