
Bukan Untuk Pura-pura Cinta
Sebaik sahaja peperiksaan SPM tamat, aku menggunakan biasiswa yang
masih berbaki untuk belajar di kelas menaip dan teringkas.Namun baru
berapa kerat kemahiran yang kukuasai, aku sudah tidak mampu untuk membayar
yuran. Duit biasiswaku telah habis.Tiada tempat untuk aku mengadukan
masalah kewanganku.Akhirnya aku mengalah.Ikut saja Mak cik Mes di Eatet.
Itulah cadanganku yang terlaksana kini. Apabila aku dibenarkan
mengikut Mak cik Mes yang pulang bercuti semasa musim gaji tiba.
Suka atau tidak, tidak pula dapat aku nyatakan pendirianku yang sebenarnya.
Tapi yang nyata aku tak terniat untuk tinggal lama di sini. Ada agenda
yang perlu aku selesaikan untuk hidupku.Aku ada angan-angan yang minta
ditunaikan.Cita-cita yang bukan sekadar impian kosong.
"En. H nak berhenti, dia nak bertugas di tempat lain" Devi mematikan
lamunanku.
"Dia dapat tawaran bekerja di pelabuhan" Terang Devi tanpa perlu aku
bertanya.
Patutlah macam baik sangat dia sejak sehari dua ni.bisik hati kecilku.
Semalam dia belanja kami pisang goreng.Aku makan sedikit saja.Bukan
tak sudi,tapi aku merasa ada kelainan dalam kemurnian nilai itu.
Semalam petang aku nampak dari celahan jendela dia lalu di hadapan
rumah kami.Aku nampak berkali-kali dia menoleh, seolah-olah ada sesuatu
yang dicari.
Esoknya bila kami masuk kerja, En. H sudah tiada.En. M yang mengantikan
tugasnya. Sewaktu hendak pulang Devi menghulurkan sepucuk surat bersampul
biru kepadaku.Surat daripada En. H. Isinya ringkas saja. Tapi penuh dengan
harapan. Disertakan dengan alamat di tempat kerja barunya.Dia berharap
benar agar aku menghubunginya nanti.Surat itu kulipat dan isi semula ke
dalam sampul biru itu.Kemudian kuselit di bawah tikar mengkuang yang
menutupi pangkin.
Biarlah surat itu tinggal di situ.Aku tiada jawapan yang hendak diberikan.
Hatiku kosong tapi tak pernah merasa sepi walau di laut ke sunyian.
Falsafah hidupku terkancing kukuh di lubuk hatiku.
'Jangan memalukan orang tuamu'
Cukup kuat berpaut hingga aku lupa untuk pura-pura suka atau cinta
pura-pura.
Setakat ini cukuplah Mak cik Mes jadi peneman setia.Berdua hilir mudik
mengharungi waktu-waktu petang yang santai.Kami memang akrab. Mak cik Mes,
usianya muda setahun saja daripada aku.Seperti aku, dia juga tidak punya
teman lelaki istimewa.Bukan tiada yang mengusik dan terusik, tetapi
tiada keperluan untuk kami layan buat masa ini.
Begitulah hari demi hari telah bertukar menjadi bulan.Waktu kerja masih
seperti suasana yang biasa saja.Apabila redup petang bertamu aku dan
Mak cik Mes menyusuri tepian ladang.Memerhati ikan-ikan kecil berenagn
di dalam parit.Mendaki bukit-bukit kecil untuk meninjau kawasan perumahan
estet.Melangkah jauh di bibir hutan.Kelihatann rumah Tok Batin yang telah
di kosongkan.Nampak masih tegap seolah-olah berpenghuni.
Di sebelahnya sungai yang berliku-liku. Airnya keruh mengalir perlahan.
Tiba-tiba ada bunyi hempasan yang kuat di permukaan air. Kami terkejut
dan hanya mampu memandang antara satu sama lain.Kami berjalan cepat
meninggalkan kawasan hutan kecil itu dengan seribu tanda tanya
yang tidak pernah berjawab sehingga sekarang.
Aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa. Mak cik As pun tak kukhabarkan.
Bimbang dimarahi. Maklumlah anak dara merayap di tempat sunyi.Kalaulah
ada bala mendatang. siapa yang perlu dipersalahkan?
kalau tidak diri sendiri yang tak tahu menilai erti keselamatan.Aku rasa
Mak cik Mes pun begitu. Menyimpan saja misteri hempasan itu di lubuk
kenangan.
Menjelang malam itu suasana agak riuh sedikit.Bunyi kenderaan mengaum
meninggalkan kawasan kediaman. Orang ramai pergi ke Estet T.
Ada pesta keramaian di sana. Devi, Eswpray dan kakaknya Komala turut serta.
Mereka naik lori. Aku dan mak cik Mes diberitahu tapi kami diam saja.
Aku tidak suka untuk pergi kerana tentu pulangnya nanti lewat malam.
Sebenarnya berkenderaan lori itu mematikan kegairahan aku untuk ikut
serta.Aku bukan tidak teringin untuk melihat aktiviti di majlis keramaian
yang mereka sertai itu.Yang pastinya aku kehilangan satu pengalaman
yang belum pernah kurasai.
Esoknya riuh di ladang.Ada cerita panas yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Bukan kisah dalam pesta itu.Tetapi kisah seorang abang yang isterinya hilang.
Hilang dari tempat duduk belakang motosikal yang di pandu.Sang suami hanya
tersedar Siisteri hilang apabila diberitahu oleh pemandu dan sekelian
kawan-kawan yang menjadi isi lori. Maka khabarnya terpaksalah mereka
berpatah balik mencari di sepanjang jalan .Akhirnya Sang isteri di temui
sedang duduk menangis di tepi parit disatu persimpangan.
Belum habis kisah kehilangan isteri diperkatakan, Kisah lain pula
mengemparkan.Kali ini kisah orang kena
'tangkap basah'.
Anak dara mak cik di blog perumahan seberang jalan telah didapati salah
kerana tinggal berdua-duaan di rumah bujang bersama-sama pasangannya.
Ahli Jawatan Kuasa blog yang memang dah lama terperasan telah melepaskan
geram. Khabarnya budak lelaki itu dipukul habis-habisan.Sampai lembik.
Kemudian baharulah mereka dinikahkan.
Tidak cukup setakat itu. Kisah Hasanah pula riuh di perkatakan.Ibunya
yang baru balik dari kampung, tanpa Hasnani bersama,bercerita anaknya itu
tidak jadi melangsungkan perkahwinan. Walaupun persiapan kenduri telah
dibuat.Pihak lelaki tidak datang. Kenduri di tukar menjadi majlis
kesyukuran dan bacaan Yasin.
Begitulah pengalaman bermasyarakat di estet yang telah kulayari bersama
bahtera hidupku.Orang-orang di estet ini berhijrah untuk mencari makan dan perlindungan yang murah dan mudah.Di sini juga dijanjikan ketenangan.
Jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota.tidak banyak aktiviti kehidupan yang
mereka jalani.Hanya rutin yang tampaknya berulang. Tidak ada guru agama
yang patut didatangi dalam majlis-majlis ilmu.Malah majlis pertunangan dan
perkahwinan anak-anak mereka biasanya di buat di kampung asal.
Mereka silih berganti menjadi penghuni di sini.Jika hari ini ada penghuni
pergi, esok ada yang lain datang bertandang untuk tumpang meraih rezeki.
0 ulasan:
Post a Comment