[[ Asma'ul Husna ]]

MARI MENGETEH

7.24.2009


Rutin setiap pagi ialah ke kantin.
Bukan aku tak minum semasa di rumah tadi.
Aku selalunya sudah menelan sekurang-kurangnya
2 biji vitamin yang disarankan oleh doktor kepadaku,
bersama segelas air suam.
Kemudian aku bancuh susu nesprey dengan Milo.
Kalau sempat aku teguk semuanya.
Kalau tak sempat aku hirup separuh dan separuh lagi
sapa yang tinggal kat rumah mesti habiskan.
Jangan membazir.

Selalunya kena juga sediakan telur separuh masak.
Akulah yang mesti makan telur itu.
Kadang-kadang jemu juga.
Aku kena pura-pura tak sempat atau nak cepat.
Nanti balik petang boleh makan telur tu.
Petangnya kalau ada mood aku makan.
Kalau tidak aku pura-pura tak nampak.

Pergi ke kantin bukan saja suka-suka apa pun.
Aku akan dapat berbual-bual sekejap dengan kawanku.
Hanya beberapa minit sebelum sesi bekerja bermula
kami dapat duduk-duduk begitu. Selepas itu kami akan
menjalankan tugas masing-masing dan jumpa lagi di
kantin pada waktu rehat.

Waktu rehat ramai kawan-kawan lelaki dan perempuan.
Meja lelaki dan perempuan berasingan.Kami tidak duduk
makan-makan semeja.Pekerja perempuan memilih kawan
sejantina.Tiada yang songsang ketika menjamu selera.
Ketika ini tidak banyak yang kami bicarakan kecuali
isu keluarga semasa masing-masing atau cerita
di sekitar pejabat kami.Setengah jam yang diberi
membuatkan kami lebih menumpukan kepada kunyahan makanan
supaya tidak kelewatan untuk menyambung kerja.

Sementara itu bukan semua luahan hati boleh
dihambur sembarangan. Tidak semua orang sehati dan
sependapat dengan kita.Salah cakap ditakuti hanya akan
menjadi gunjingan di kalangan kami.
Mulut manusia bukan mulut tempayan yang boleh ditutupkan.

Sebab itulah aku memilih waktu pagi sebelum memulakan tugas.
Selalunya apabila kami berdua saja kami akan bertukar-tukar
ilmu.Dia kawan yang tak banyak cakap. menjaga pergaulan dan
pertuturannya.Aku tidak pernah mendengar dia dengan sesuka
hati membuka aib orang atau mencela sesiapa sahaja.
Dia rajin kekuliah agama.Jadi kami masing masing bertukar-
tukar ilmu yang didapati daripada tok guru masing-masing.

Sebahagian ilmu yang sudah aku dapat telah pun aku catat
dalam blog ini, bertajuk PESAN MAMA
Aku berbesar hati untuk mencoretkannya sebagai tatapan anda
semua dan sebagaimana potret yang kutatap kembali untuk
kesegaran dan kesejahteraan rohani yang kontang ilmu ini.

Wassalam.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails