[[ Asma'ul Husna ]]

MENGUTIP KEMBALI MEMORI

7.26.2009


25 JULAI 2009

Selesai urusan dengan Ninot di Kolej kami singgah di Highway Seremban.
Mama dan E-cah mencari ayah,setelah terpisah untuk waktu solat.
Biasalah begitu, siap cepat kena menunggu yang lambat.
Dari kejauhan kelihatan ayah sedang rancak melayan pemanggil
telefon bimbitnya.
Setelah hampir kami dapat mendengar jelas isi percakapan ayah.
Tahulah mama, ayah bercakap dengan seseorang dari Sabah (melalui
suara ayah yang mengajuk dielek bahasa orang sana).

"Datok berkirim salam"
"Sihat ke Beliau"
"Kakak sihat juga"
Kakak itu sepatutnya dipanggil 'Datin'

Naiyu ke rumah Datok.
Sukanya Datok. Dapat bertemua anak kecil yang pernah
lahir di bawah bumbung rumahnya.(Satu ketika dahulu 31 MAC 1988)

Hari ini dia datang berziarah membawa salam persaudaraan dari kami.
Bukan sebagai anak kecil yang sendirian lagi,
tapi bersama suami dan bayi yang bakal lahir
menjelang Ramadhan nanti.

Dalam perbualan telefon dengan ayah,
Datok berpesan supaya ayah datang menziarahinya,
sebelum dia dipanggil Allah menghadapNya.
Sayu rasa hati. Banyak kenangan kami di sana.
Kenangan bersama datok tidak dapat dinilai dengan bukit permata.
Hanya Allah yang mengetahui.Hanya Allah jua yang akan membalasnya.

Itulah Rahmat Allah untuk keluarga kami.
Allah mengangkat darjat sesiapa saja yang dikehendakinya.
Allah juga menentukan cara mana yang akan di terima oleh sesiapa
yang bertuah untuk mendapat hidayahnya.
Kepada Allah jua kami memohon supaya kami tidak dibiarkan
setelah mendapat hidayah yang amat bernilai itu.

Hidayah yang melembutkan hati-hati kami.
daripada hidup yang mengagungkan 'isme' ciptaan manusia.
Bersandar kepada kepercayaan 'Thagut'yang takutkan manusia,
kepada amalan quran dan sunah rasulullah yang Allah redhai

"Ustz , bagaimana?"
"Sudah meninggal"
"Innalillahi, wainna ilaihirojiiun"
-Al-Fatihah..........semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
"Tak sempat kita jumpa dia"
Esoknya Naiyu memberitahu ,Beliau masih ada.
Panjang umur, Alhamdulillah semoga jumpa lagi.

Tunggulah,
Insyallah kami akan datang nanti.
Semoga hajat kita dikabulkan Allah.
Amiin!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails