[[ Asma'ul Husna ]]

Ramadhan kian berlalu.............

9.27.2009
bismillah Pictures, Images and Photos


17 Sept. '09

10.45 pm. Egyptair selamat mendarat.
Alhamdulillah biarpun terlewat 6 hari
dari yang dimaklumkan sebelumnya,
kepulangan sit tetap mengembirakan
keluarga, terutama ayah dan ibunya.


20 Sept. '09


1 Syawal menjelma dan berlalulah Ramadhan
tanpa dapat ditangguhkan lagi. Bulan
rahmat yang penuh berkat tinggal kesan
yang berbekas coraknya di hati
dan mengukir kepuasan untuk direnungi
sendiri.

Selesai menikmati juadah ketupat. rendang
lodeh dan kari ayam, agenda pertama selepas
solat aidil-fitri tertangguh. ketua rombongan
terpaksa melayani mengantuk yang bergayut
di kelopak mata sejak khutbah sembahyang
raya tadi lagi.

Apa-apa pun,Niat di hati nak menziarah Mak Som
mesti ditunaikan.Buah tangan dari Iskandriah
telah dibungkus. Sehelai kain batik dan seuntai
tasbih kayu koka (belian Naiyu) turut disertakan.
Sudah lama tak dapat duduk-duduk dan bercerita
panjang dengan Mak Som.Ibu angkat yang pernah
membelai hati lara ini. Biar pun sekejap cuma
Namun ikhlasnya berbekas jauh di lubuk jiwa.
Rindu di hati lama membara.


Lewat tengah hari kami tiba di halaman rumah
sewa Mak Som. Nampak sunyi saja.
Setelah 2, 3 kali salam diberi tidak berjawab,
sahlah rumah tidak berpenghuni.Tentu mereka
juga sibuk berziarah.

Mak Son mana? Aku menyoal jiran sebelah rumah
yang tiba-tiba muncul di pintu dapur rumahnys,
selepas memberi salam.

" Mak Som dah meninggal,Sebelum puasa dulu "

Innnalillahi.............

Aku memandang beg ole-ole di tangan. Berlalu
ke arah kereta tanpa dapat meneruskan bicara lagi.
Yang pastinya ole-ole ini, perlu kutinggalkan saja
di tombol pintu utama rumah.Nanti kalau anak
cucunya pulang, tahulah mereka bahawa aku pernah
datang untuk bukan sekadar berziarah tapi
menyatakan aku masih menghargai waktu bersama dulu.

Semoga roh Mak Som di cucuri rahmat dan di tempatkan
di kalangan orang-orang yang beramal soleh,Dan semoga
aku tidak pernah lupa memohon doa kepada Allah
untuknya.
Amiin!


22 Sept. '09

Seisi keluarga ke KLIA,tanpa Naiyu,
mengiringi pemergian E-Cah ke Jordan.
Penerbangan Ke Bangkok dengan pesawat
Mas tidak mengizinkan semua bagasi dibawa
bersama. Dua beg harus akur, berkorban untuk
dibawa pulang semula ke rumah. Tanpa diduga
beg inilah yang menjadi parasit di hati. Setiap
kali kaki melangkah di sisinya ,(Malah, satu
daripadanya terkoyak sedikit ketika di tarik,
mungkin tanda protes tidak dapat ikut E-cah
ke airport Aman)

Hati sayu mengenang.
Saat pahit manis bersama. Nilai-nilai keibuan yang
yang harus dipertonton biarpun adakalanya cukup
pincang dan menghampakan buat seorang anak seperti
E-Cah.Apakan daya ibumu ini bukan isteri sepenuh masa
di rumah. Sebahagian waktu harus dikorbankan untuk
menempung cita-cita besar keluarga. Ingin melihat
anak-anak berjaya di dunia dan Akhirat. Sebagaimana
doa kami ketika munajat kepada Allah.
Sesungguhnya pengorbanan memerlukan korban.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails