Peperiksaan akhir tahun dah selesai.Keputusan pun dah diperolihi.
Semua 4 orang rakyat marhein membentangkan kad laporan masing-masing.
Rakyat no 3 dengan bersemangat kental dan yakin mendahului
tanpa diminta.
Ok. tak payah komen walaupun ada sebutir dua buah yang terhasil
nampak kurang berseri.
Rakyat no 2 menyusul dengan berani. Hasil mashul penggal ni
meningkat, malah musuh ketat yang selalu mengujudkan persaingan
tewas musim ni.
Biar pun prestasi turun naik berbanding rakyat no 3 tapi tak
menghampakan, sebab tu tak payah nak bising-bising.
Kali ini rakyat no 4 menyusul dengan senyum simpul.
Mungkin usia yang masih terlalu mentah, almaklum baru nak
menghabiskan gelaran murid tahun 1.
Ok gaklah.Lain kali ada harapan jadi pesaing Rakyat no 3.
Ayh ngan mama duk tersandar kat kerusi tetamu.
Semangat keraianlah katakan.
Akhir sekali Rakyat no 1 datang.Senyum juga, lagi panjang
meleret sampai penuh pipi.Lenggang-lenggok lagi gitu.
Berdiri tegak. Jangan goyang-goyang.Cakap dengan tegas dan jelas. Jangan banyak senyum,
Janganlah jangan..jangan...JANGANLAH JADI......mementang yang lain semua pempuan,
PENGGAL 1Kenapa Markah sikit sangat?
CIKGU BAGI!
Kenapa Nombor besar sangat?
CIKGU BAGIIIII!
Kalau rajin kan tak jadi macam ni!
MANALAH ABG TAUUUUUU,
CIKGU NAK BAGI GITUUUUUU!
PENGGAL 11Kenapa Abg tak dapat no. 1?
DAH ADA ORANG DAPAT NOMBOR TU!
Abang rajin-rajin le baca buku
bila peksa jawab betul betul..
nanti dapatlah no 1, ni Abg malas
manalah nak dapat no. 1!
TAK BOLEH. NOMBOR TU ORANG DAH AMBIK..
MACAM MANA ABG NAK DAPATKAN NO TU!
PENING *******$%$#@&)&%******
MACAM NAK PITAM.
sAPA NAK TOLONG JAWABKAN.
NAIK PENGGAL.
Sekoleh dah nak mula.
Mama banyak beli peralatan sekolah.
Maklumlah beli ngan cara borong kat pasaraya.
Abg jual lah kat kawan-kawan!
Mama beli 5 sen. Abg jual 10 sen.
Dapat untung boleh simpan dalam tabung!
MANA BOLEH BELI 5 SEN JUAL 10 SEN!
Habis nak jual berapa sen 1?
BELI 5 SEN JUAL 5 SEN LAH!
Kalau gitu tak ada untunglah?
MANA BOLEH, DAH BELI 5 SEN NAK JUAL 10 SEN
PULAK ,,KAN TAK BAIK!!!!!
Orang berniaga kan nak dapat untung,,
sebab dia dah penat buat kerja,,
Duit tu buat upah dia kerja tu!!!!!!!!
TAK BOLEH,KALAU BELI 5 SEN KENA JUAL 5 SEN LAH.
NAK TIPU PULAK!!!!!!!!!!!
Abg terus berlari menghilang diri.
Mama BENGANG!!!!!!!!!!!!!
????????????????????
TOLOOOOOOOOOOOOOOONG.
0 ulasan:
Post a Comment