[[ Asma'ul Husna ]]

DURRATUN NASIHIN

12.01.2009
bismillah Pictures, Images and Photos


KEUTAMAAN SALAM.(m/s 203)

Daripada Abdullah b. Mas'ud, daripada
nabi SAW:

"Salam itu adalah nama daripada beberapa
Asma Allah. oleh itu sebarkanlah salam
di antara kamu"

1.Waktu yang tidak mewajibkan seseorang
menjawab salam, menurut qaul yang sahih:
(malah yang memberi salam turut berdosa).
a.orang sedang solat
b.Hakim yang sedang bertugas
c.Guru yang sedang mengajar di Kelas
d.Orang yang sedang mengulangkaji pelajaran
e.Orang sedang azan atau iqamat
f.Orang yang meminta-minta.

2.Makruh memberi salam kepada orang dalam
tandas.Orang itu perlu menjawab di dalam
hati.Sesetengahnya berpendapat wajib dijawab
selepas selesai hajat.

3.Makruh juga memberi salam kepada:
a.orang yang sedang bermain catur dan billiard
dan permainan yang ada unsur pertaruhan.
b.orang ahli bidaah dan bersikap memusuhi agama
Allah.
c.Orang zindiq (mengetahui hukum agama tetapi
tidak mahu melaksanakannya)
d.pelawak
e.pendusta
f.orang yang selalu lalai
g.orang yang suka mencaci
h.orang yang suka duduk-duduk di pinggir jalan
mengusik kanak2 dan gadis2
i.orang yang tidak berpakaian di bilik mandi
atau di mana saja.
j.orang yang suka bergurau.
k.orang yang sibuk di pasar
l.orang yang sedang makan di pasar/warung
m.penyanyi
n.orang yang memelihara burung

4. Tidak boleh memberi salam kepada orang kapir.
manakala wajib menjawab salamnya dengan ucapan
"Alaika"

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails